Thursday 2 August 2012

Pelancaran UM E-journal Management System

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012 - SELARAS dengan aspirasi Universiti Malaya dalam penghasilan jurnal mengikut piawaian antarabangsa, pihak pengurusan UM dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat melancarkan sistem pengurusan jurnal yang lebih sistematik dan mengikut piawai antarabangsa - E-journal Management System – dalam satu majlis ringkas di Bilik Court, UM semalam.

“E-journal sudah lama wujud di UM tetapi usaha untuk menggerakkannya tidak dilakukan secara bersepadu,”kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Hamzah Abdul Rahman sejurus berakhirnya majlis pelancaran.

“Kelemahannya adalah e-journal tidak mengikut standard yang diamalkan seperti sistem pengurusan journal lain seperti SCORPUS dan ISI. Justeru sistem pengurusan E-journal Management System yang dilancarkan hari ini lebih sistematik dan mengikut piawai antarabangsa.

“Sebelum ini, pihak fakulti mempunyai pilihan sama ada untuk menyenaraikan jurnal mereka dalam E-journal tetapi dengan pengenalan E-journal Management System, kami mewajibkan kesemua fakuti untuk menggunakannya kerana ia adalah mirip sistem klasifikasi jurnal lain seperti ScholarOne milik Thomson Reuters.

“Sistem ini (ScholarOne) adalah bagus dan kami pernah terfikir untuk melanggan sistem ini tetapi tidak berbuat demikian kerana kekangan kewangan.
“Oleh itu, kami mengambil alternatif untuk mewujudkan sistem kami sendiri yang boleh diakses oleh warga kampus dan luar,” tambah Dr. Hamzah.

SOURCE / AUTHOR : UM Official Website

No comments:

Post a Comment